LAPORAN SEPETANG DI
KPG SENARI 15 MEI 2012
Prasekolah Sk. Kpg Senari telah terpilih untuk dijadikan Prasekolah
Penanda Aras 2012 bagi Bahagian Kuching. Sehubungan itu satu program "SEPETANG DI SENARI" telah diadakan di Prasekolah SK Kpg Senari. Program berkenaan telah berlansung
pada hari Selasa, jam 2.00 petang, 15
Mei 2011 .Seramai 163 orang telah hadir yang
terdiri daripada 118 orang guru dan PPM,
3 orang VVIP yang turut dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik iaitu En.
Nasir Salem, Penutur Jati Mr Nicholas,
Encik Suhaimi Hj Heep (Guru Besar SK Salak),
20 orang guru dan kakitangan Sk.Kpg Senari, 21 orang ibubapa Prasekolah
tersebut serta seorang wartawan
Majlis bermula dengan pendaftaran para
guru dan PPM seawal jam 2 petang. Sejurus saja mendaftar mereka dibawa untuk
melihat Pameran Prasekolahdan di Ruai P&P di Blok atas. Mereka juga
berpeluang melihat bilik-bilik darjah
serta bilik-bilik pentadbir. Di tempat pameran di pamirkan hasil kerja-hasil
kerja murid-murid prasekolah dan gambar-gambar
aktiviti prasekolah SK Senari
Tepat jam 2.30 petang semua tetamu
yang hadir berkumpul di Dewan Mini SK Senari. Pengisian acara tersebut telah
dimulai dengan bacaan doa daripada Penolong Kelas Prasekolah, adik Isma Haris dan
juga ucapan dari Ketua Kelas Prasekolah, adik Farahiya Bt Fadli. seterusnya ucapan
daripada Pengerusi Permuafakatan Prasekolah Sk. Kpg Senari 2012, Encik Jamain bin
Hj. Sarapa dan diikuti ucapan daripada Ketua Unit
Pengurusan Akademik, Encik Nasir Bin Salem.
Bagi memeriahkan majlis, para hadirin telah dihiburkan dengan 3
persembahan daripada murid-murid prasekolah iaitu tarian 1 Malaysia, silap mata
oleh adik Ahmad Asyraf bin Sukardi dan Public speaking. Majlis di dewan
diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu khas.
Kira-kira jam 3.00 petang para
Guru dan PPM telah dibawa melawat ke kelas Prasekolah Sk. Kpg Senari. Semasa lawatan
tersebut para hadirin berpeluang melihat Simulasi Pengajaran dan Pembelajaran
Luar Bilik Darjah yang dibahagi kepada 5 tunjang;
a) Kerohanian sikap dan Nilai Murni ( Dinding
Abjad) dimana murid akan menyusun beberapa abjad jawi yang telah sedia ada
pada dinding ruang tersebut mengikut bentuknya.
b) Sains dan Teknologi (Kolam) murid-murid
akan memancing ikan yang bernombor seperti yang disebut oleh guru pra
c) English Basic (Pondok@ Dangau) di sini
beberapa murid yang terlibat akan cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.
d) Modul Asas BM ( Gelongsor) murid-murid
akan cuba mencatumkan sukukata tertera pada bola dan pin ball.
e) Fizikal dan Estetika (Kolam Pasir)
nmurid akan membuat bentuk dengan menggunakan bahan yang tersedia dengan pasir
.
Para guru dan PPM juga diberi
peluang masuk ke kelas Prasekolah dan melihat setiap ruang yang ada di
dalam mahupun di luar kelas tersebut. Tepat
jam 4.00 petang para tetamu yang hadir dibawa ke tempat letak kereta untuk
menjamu selera sementara VVIP menjamu
selera di luar kelas Prasekolah.
Keseluruhannya program “Sepetang
Di Prasekolah Sk. Kpg Senari” telah berjalan dengan lancar juga mendapat
sambutan dan respon yang positif daripada guru-guru dan PPM yang telah melawat.
Disediakan oleh;
(NUR AZLIFAH BT MOHD DOLLAH)
BACAAN DOA
Bacaan doa oleh adik Isma Haris bin Ahwa ( Penolong Kelas Prasekolah)
UCAPAN
Ucapan Ketua Kelas Prasekolah oleh adik Farahdiya bt Fadli
Bersembang.
Ketua Unit Pengurusan Akademik PPDK. Encik Nasir Salim, En. Jamain Hj Sarapa, Pen Kanan SK Senari, Hj Awg Majri Rosli, GB SK Senari dan En. Suhaimi Hj Heep GB SK Salak di antara VIP di program tersebut.
Sebahagian daripada para guru prasekolah dan PPM dari 71 sekolah yang hadir.
Simulasi P&P English Basic di Pondok Pra @ dango
Silap mata oleh adik Ahmad Asraf Sukardi
Choral Speaking oleh murid-murid prasekolah
Sebahagian para tetamu.
No comments:
Post a Comment