Tuesday 19 June 2012

LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PRASEKOLAH JPN MELAKA

          
LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS UNIT PRASEKOLAH NEGERI MELAKA
KE PRASEKOLAH SK. KPG SENARI, KUCHING, SARAWAK.
Prasekolah Sk. Kpg Senari telah terpilih untuk dijadikan Prasekolah Penanda Aras 2012bagi Daerah Kuching.  Program berkenaan telah berlansung pada  hari Isnin, jam 9.00 pagi, 18 Jun  2012 . Seramai  23 orang rombongan  dari Unit Prasekolah JPN Melaka telah turut serta.  Mereka terdiri  daripada Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Encik Razali Bin Bahrom, Ketua Sektor K2P,  Puan Rozana Binti Ismail ,Ketua Unit Prasekolah JPN Melaka, Hajah Rosinah bt Jantan , mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, guru-guru prasekolah dan pembantu-pembantu pengurusan murid prasekolah. Manakala dari JPN Sarawak ialah Penyelia Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak,  Encik John Jinam dan Penyelia Sains & Matematik PPD Kuching, Miss Tnay  Tan Peng .

Seramai  22 orang murid prasekolah yang berpakaian baju tradisional suku kaum Sarawak, 18 orang pengawas sekolah, serta 12 orang Ketua dan  Penolong Kelas bersama kakitangan sekolah menyambut ketibaan para rombongan  . Mereka dibawa untuk melihat Pameran Prasekolah di Ruai P&P di Blok atas. Mereka juga berpeluang melihat  bilik-bilik darjah serta bilik-bilik pentadbir. Di tempat pameran di pamerkan hasil –hasil kerja  murid-murid prasekolah dan gambar-gambar  aktiviti prasekolah SK Senari.
Tepat jam 9.20 pagi para  tetamu yang hadir dibawa ke Dewan Mini SK Senari. Pengisian acara tersebut telah dimulai dengan bacaan doa daripada  Penolong Kelas Prasekolah, adik Isma Haris dan juga ucapan oleh Ketua Kelas Prasekolah,  adik Farahiya Bt Fadli. Seterusnya ucapan alu-aluan Guru Besar SK Senari,  Tuan Haji Awang Majri bin Awang Rosli dan diikuti ucapan balas oleh  Ketua Sektor Jaminan kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Encik Razali Bin Bahrom  yang merupakan ketua rombongan.
Bagi memeriahkan majlis,  para hadirin telah dihiburkan dengan 3 persembahan daripada 8 penari prasekolah SK Senari iaitu tarian suku kaum Sarawak, silap mata oleh adik Ahmad Asyraf bin Sukardi dan Choral  speaking oleh semua murid prasekolah SK Senari.  Selesai saja  persembahan , sesi bergambar bersama rombongan telah  diadakan . Aturcara di diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu –tetamu khas.

Kira-kira jam 10.35 pagi para tetamu telah dibawa melawat ke kelas Prasekolah Sk. Kpg Senari. Para tetamu juga diberi peluang masuk ke kelas Prasekolah dan melihat setiap ruang yang ada di dalam  mahupun di luar kelas tersebut.  Di antara tempat  yang menjadi tarikan rombongan ialah pondok pra, air terjun dan kolam pra, kebun sayur pra , kolam pasir pra dan pentas mini persembahan.  Tepat jam 11.00 pagi para tetamu dibawa semula ke Dewan Mini untuk makan tengahari sambil dihiburkan dengan persembahan bergendang daripada 6 penandak murid Tahun 1.  Di antara menu hidangan ialah bubur pedas, sambal umbut apong,  ulam pegaga, kek lapis, udang goreng dan ikan bawal masak asam.  Sebelum berangkat balik pada jam 11.50, para rombongan telah dihadiahkan  cenderahati yang berupa mug, pen dan kain kuak kumbu sebagai kenang-kenangan.
Keseluruhannya program “Penanda Aras Prasekolah Negeri Melaka  ke Prasekolah Sk.Kpg. Senari Kuching” telah berjalan dengan lancar juga mendapat sambutan dan respon yang memberangsangkan daripada pihak pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Melaka yang hadir.
Disediakan oleh;                                                                                                       Tarikh: 21 Jun 2012
(NUR AZLIFAH BT MOHD DOLLAH)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
SK. KPG SENARI , KUCHING



Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Encik Razali Bin Bahrom, Ketua Sektor K2P,  Puan Rozana Binti Ismail ,Ketua Unit Prasekolah JPN Melaka, Hajah Rosinah bt Jantan dan mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka di antara VIP yang ikut serta.

Ketibaan rombongan




Keratan Akhbar (UTUSAN SARAWAK) maaf banyak kesilapan nama dan fakta...

Bacaan Doa oleh Penolong Kelas Prasekolah, adik Isma Haris 

 Ucapan oleh  Ketua Kelas Prasekolah,  adik Farahiya Bt Fadli.


Ucapan Alu-aluan Guru Besar, Hj Awg Majri Awg Rosli


Ucapan Balas Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Encik Razali Bin Bahrom


Persembahan Tarian Suku Kaum Sarawak oleh Murid-murid prasekolah

Silap mata antara persembahan yang menarik perhatian oleh Ahmad Asyraf bin Sukardi

  Choral  speaking oleh semua murid prasekolah SK Senari.


Bersembang di prasekolah

sesi bergambar sebagai kenang-kenangan




sesi bergambar bersama rombongan

Para rombongan dihiburkan dengan Gendang Melayu Sarawak

 Menjamu selera.

Salam perpisahan




Tuesday 29 May 2012

JOM KE PRASEKOLAH KAMEK DI SK KPG SENARI


Prasekolah SK Kpg Senari telah beroperasi sejak tahun 2009. Walaupun masih berumur setahun jagung tetapi telah melalui pelbagai rintangan yang semakin mematangkannya. 
    Pada peringkat permulaan, Prasekolah SK Kpg Senari hanya mempunyai 9 orang murid sahaja dan menumpang di rumah guru sebagai kelas. Apabila bangunan sendiri untuk Prasekolah telah siap dibina pada penghujung 2009, bilangan murid pun telah ditambah kepada 25 orang. Kini Prasekolah SK Senari boleh berbangga dengan keadaan fizikalnya yang semakin kondusif setelah Program SEDAR ( sekolah dalam resort) berjaya dilaksanakan.

 Hj Awg Majri Awg Rosli (GB) dan Sulaiman Jehal (YDP PIBG) menerima sumbangan daripada DUN DEMAK LAUT , Dr Hazland Hipni bagi menyiap dangor prasekolah

Thursday 24 May 2012

SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH 2012


BIL NAMA JAN
(L/P)
TARIKH LAHIR
1 ABD.HAKIM BIN PENI L 10.07.2006
2 AHMAD ASHRAF BIN SUKARDI L 14.02.2006
3 AWG.AFDLIN NAZARAIHAN BIN AWG.IBENI L 22.03.2006
4 FARAHIYA BT. FADLI P 14.10.2006
5 ISMA HARIS BIN AHWA L 09.01.2006
6 JEHAN BIN JUSWANDI L 08.01.2006
7 KHAIRUL FARHIMIN BIN MOHD.JEFFERY L 02.03.2006
8 MOHD.AZRUUL AFFENDI BIN MOHD. ROZINI L 29.12.2007
9 MOHAMAD FAZRIE BIN SOBENG L 27.04.2006
10 MOHAMMAD IJAM BIN SABREY L 20.01.2006
11 MOHD.ADIB AGHBAL BIN MOHD.SUHARZIEE L 03.01.2006
12 MOHD. ADIB AGHMAL BIN MOHD.SUHARZIEE L 03.01.2006
13 MOHD.IZZUDIN BIN HARON L 14.07.2006
14 MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM L 18.04.2007
15 MUHAMMAD TAUFIQ BIN JAMBU L 01.12.2006
16 NABILAH BT SABEKI P 11.04.2006
17 NURHADRANI BT.KASMADI P 12.01.2006
18 MOHD. DANISH HAKIM BI MOHD. RASIDI L 23.06.2007
19 NUUR REESHA ALIYA BT SUZALI P 25.07.2006
20 RADZA SAPUTRA BIN AHMAD ZURAIMY L 02.03.3006
21 RIZJANNATUL DAHLIA BT RUDIMAN P 22.05.2007
22 SITI UMAIRAH BT.BOSEMAN P 29.04.2007
23 SUHAIRA BT SOPHAN SUPHIAN P 26.02,2006
24 SYAMIE KHUZAIRI BIN SHATERI L 22.06.2006
25 ZUL FADZLI BIN AZMAN L 22.07.2006

AKTIVITI-AKTIVITI PRASEKOLAH


SUKANEKA PRASEKOLAH



SAMBUTAN HARI LAHIR


MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH

BERSAMA SEMASA KHAMATAMAL AL QURAN TAHUN 6

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


BERSAMA DI SUKAN TAHUNAN SK SENARI



SENAMROBIK 1MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

Murid Prasekolah di antara yang ikutserta 10.7.12

Encik Sulaiman Ameran konduktor senamrobik 1M1S1M

 MINGGU KECERGASAN

  PERTUNUJUKAN PAPET PRASEKOLAH OLEH JURURAWAT PERGIGIAN

KARNIVAL PRASEKOLAH DI SK GITA 2012


KONVOKESYEN PRASEKOLAH


KONVOKESYEN PERTAMA PRASEKOLAH SK KPG SENARI 2009

konvokesyen 2012


JAWATANKUASA PENGURUSAN PRASEKOLAH SK KPG SENARI


PENGERUSI

HJ AWG MAJRI BIN AWG ROSLI (GB)

TIM. PENGERUSI



ENCIK JAMAIN HJ SARAPA (PK 1)

SETIAUSAHA
SH. HAMIDAH BT WAN HAMID (GURU PRA)

AHLI-AHLI
PUAN HASMAH HUSSIN (PK KK)

 PUAN NORIHA JAFAR (PK HEM

USTAZ ZAHDUR RAHMAN ARIFFIN (GURU PI)


NUR ALIFAH MOHD DOLLAH (PPM)


SULAIMAN BIN HJ AMERAN( GURU SUKAN)


CARTA JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH SK SENARI