Tuesday, 22 May 2012

SEPETANG DI PRASEKOLAH SK KPG SENARI



LAPORAN SEPETANG DI KPG SENARI 15 MEI 2012
Prasekolah Sk. Kpg Senari telah terpilih untuk dijadikan Prasekolah Penanda Aras 2012 bagi Bahagian Kuching. Sehubungan itu satu program "SEPETANG DI SENARI" telah diadakan di Prasekolah SK Kpg Senari. Program berkenaan telah berlansung pada  hari Selasa, jam 2.00 petang, 15 Mei 2011 .Seramai  163 orang telah hadir yang terdiri  daripada 118 orang guru dan PPM, 3 orang VVIP yang turut dihadiri oleh Ketua Unit Pengurusan Akademik iaitu En. Nasir Salem, Penutur Jati  Mr Nicholas, Encik Suhaimi Hj Heep (Guru Besar SK Salak),  20 orang guru dan kakitangan Sk.Kpg  Senari, 21 orang ibubapa Prasekolah tersebut serta seorang wartawan

   Majlis bermula dengan pendaftaran para guru dan PPM seawal jam 2 petang. Sejurus saja mendaftar mereka dibawa untuk melihat Pameran Prasekolahdan di Ruai P&P di Blok atas. Mereka juga berpeluang melihat  bilik-bilik darjah serta bilik-bilik pentadbir. Di tempat pameran di pamirkan hasil kerja-hasil kerja murid-murid prasekolah dan gambar-gambar  aktiviti prasekolah SK Senari

Tepat jam 2.30 petang semua tetamu yang hadir berkumpul di Dewan Mini SK Senari. Pengisian acara tersebut telah dimulai dengan bacaan doa daripada  Penolong Kelas Prasekolah, adik Isma Haris dan juga ucapan dari Ketua Kelas Prasekolah,  adik Farahiya Bt Fadli. seterusnya ucapan daripada Pengerusi Permuafakatan Prasekolah Sk. Kpg Senari 2012, Encik Jamain bin Hj.  Sarapa  dan diikuti ucapan daripada Ketua Unit Pengurusan Akademik, Encik Nasir Bin Salem.

Bagi memeriahkan majlis,  para hadirin telah dihiburkan dengan 3 persembahan daripada murid-murid prasekolah iaitu tarian 1 Malaysia, silap mata oleh adik Ahmad Asyraf bin Sukardi dan Public speaking. Majlis di dewan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu khas.

Kira-kira jam 3.00 petang para Guru dan PPM telah dibawa melawat ke kelas Prasekolah Sk. Kpg Senari. Semasa lawatan tersebut para hadirin berpeluang melihat Simulasi Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang dibahagi kepada 5 tunjang;

a)      Kerohanian sikap dan Nilai Murni ( Dinding Abjad) dimana murid akan menyusun beberapa abjad jawi yang telah sedia ada pada dinding ruang tersebut mengikut bentuknya.
b)      Sains dan Teknologi (Kolam) murid-murid akan memancing ikan yang bernombor  seperti yang disebut oleh guru pra
c)       English Basic (Pondok@ Dangau) di sini beberapa murid yang terlibat akan cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.
d)      Modul Asas BM ( Gelongsor) murid-murid akan cuba mencatumkan sukukata tertera pada bola dan pin ball.
e)      Fizikal dan Estetika (Kolam Pasir) nmurid akan membuat bentuk dengan menggunakan bahan yang tersedia dengan pasir .

Para guru dan PPM juga diberi peluang masuk ke kelas Prasekolah dan melihat setiap ruang yang ada di dalam  mahupun di luar kelas tersebut. Tepat jam 4.00 petang para tetamu yang hadir dibawa ke tempat letak kereta untuk menjamu selera sementara  VVIP menjamu selera di luar kelas Prasekolah.
Keseluruhannya program “Sepetang Di Prasekolah Sk. Kpg Senari” telah berjalan dengan lancar juga mendapat sambutan dan respon yang positif daripada guru-guru dan PPM yang telah melawat.

Disediakan oleh;                                                                                                              
(NUR AZLIFAH BT MOHD DOLLAH)

 
BACAAN DOA
Bacaan doa oleh adik Isma Haris bin Ahwa ( Penolong Kelas Prasekolah)

UCAPAN 
Ucapan Ketua Kelas Prasekolah oleh adik Farahdiya bt Fadli

 Bersembang.
Ketua Unit Pengurusan Akademik PPDK. Encik Nasir Salim, En. Jamain Hj Sarapa, Pen Kanan SK Senari, Hj Awg Majri Rosli, GB SK Senari dan En. Suhaimi Hj Heep GB SK Salak di antara VIP di program tersebut.
Sebahagian daripada para guru prasekolah dan PPM  dari 71 sekolah yang hadir.

Simulasi P&P  English Basic  di Pondok Pra @ dango

Silap mata oleh adik Ahmad Asraf Sukardi

Choral Speaking oleh murid-murid prasekolah

Tarian 1 Malaysia dipergayakan oleh murid-murid prasekolah

Sebahagian para tetamu.

Bersama jurulatih tarian ( Puan Sh Hamidah, Elzariza Pandi, Puan Hasmah Husin )

Pameran Hasil Kerja Murid-Murid Prasekolah


No comments:

Post a Comment